Sijil Kemahiran Malaysia
Senireka Grafik
Mengenai Program
Mengenai Program
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM)
SENIREKA GRAFIK
Jurusan seni reka grafik direka untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan pelajar secara praktikal sebagai persiapan menghadapi dunia kerjaya sebenar. Gabungan kemahiran perisian komputer, konsep dan kreativiti selaras dengan industri seni reka grafik masa kini yang kompetitif.
MATLAMAT KURSUS
- Membangunkan kemahiran pelajar agar mahir secara teknikal dan berpengetahuan luas bagi menyahut kerjaya mencabar sebagai pereka grafik yang berkebolehan menggabungkan kreativiti, konsep dan kemahiran perisian komputer dan indusri reka bentuk grafik yang kompetatif.
- Membangunkan pengetahuan pelajar bagi memastikan mereka berkemampuan menyelesaikan masalah visual secara berkesan dan efektif.
- Membina kemahiran dan pengetahuan asas berkaitan dengan daya pemikiran kreatif, lukis, media digital, reka bentuk grafik dan pengajian bidang rekaan.
Melengkapkan pengetahuan pelajar secara menyeluruh sebagai persiapan menghadapi indusri pengiklanan, rekaan dan sektor berkaitan yang kompetitif. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebenar industri masa kini dengan mengadakan lawatan sambil belajar, lawatan ke industri berkaitan, bengkel kerja dan seminar yang akan meningkatkan pengetahuan sepanjang pengajian dan menyediakan pandangan meluas berkenaan dengan profesion reka bentuk.
PELUANG PEKERJAAN
- Pereka Grafik
- Pengilustrasi
- Penerbit Desktop
- Pereka Bentuk Web
- Penerbit Komputer Meja
- Seniman Cenderamata
- Pereka Tipografi
- Pereka Grafik Komputer
- Pereka Ruangan
APAKAH KELAYAKAN MASUK DAN KELEBIHAN?
- Had Umur : 15 hingga 30
- Kelulusan : SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) / PMR
- Elaun Bulanan RM600 SEPANJANG PENGAJIAN
- ELAUN PENGANGKUTAN RM2000 ONEOFF
- ELAUN LAPTOP RM2500 ONEOFF (PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTK)
KAEDAH PEMBELAJARAN
- Tujuh Puluh Peratus (70%) berlandaskan Praktikal dan manakala yang selebihnya Tiga Puluh Peratus (30%) adalah untuk Teori