Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian)
Objektif program yang ditawarkan adalah untuk mendedahkan para pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya dan kebolehan dalam melaksanakan pengajaran dan interaksi yang positif dan berkesan seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun.
Program ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, membina sikap yang profesional, etika yang mapan dan boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan.
Program ini menggunakan prinsip–prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dalam setiap proses pendidikan awal kanak-kanak dalam merekabentuk, melaksana dan menilai kurikulum berasaskan garis panduan kurikulum pendidikan prasekolah.
Bahasa Penghantar
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian
- 3 tahun atau (9 Semester)
- 1 Semester Latihan Industri Di Sekolah Yang Dipilih (Daerah Kelahiran)
Syarat Dan Kelayakan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2.00 Pointer/Principal (2C)
- Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
- Diploma 2.00 Pointer intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
- Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) – Jayyid
- Diploma Vokasional Malaysia (DVM) (Akademik 2.00 PNGK), (Vokasional 2.67 PNGK) (Kredit BM 1104)
- Malaysia Unified Examination Certificate (UEC) 5B
Tawaran Program
Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak. Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.
Bantuan Kewangan
- PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
- KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Peluang Pekerjaan
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda
- Pensyarah
- Guru tadika
- Guru Pra sekolah
- Pengusaha tadika dan taska
- Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
- Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
- Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
- Konsultan pengurusan pra-sekolah
- Bekerja di Sekolah Antarabangsa
- Penolong Pengarah Pendidikan
- Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)
Program Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini adalah untuk mereka yang berminat dalam industri pendidikan yang memilih kerjaya guru pendidikan awal kanak kanak. Realisasikan impian anda bersama kami.