Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
Mengenai Program Diploma
Mengenai Program Diploma
DIPLOMA TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN PESAWAT
Pernah menyimpan IMPIAN menjadi antara ORANG TERPENTING dalam industri penerbangan?. Terokai DIPLOMA TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN PESAWAT, satu bidang kerjaya yang sangat kritikal dalam memastikan penyelenggaraan, penjagaan serta operasi baik pulih sesebuah pesawat sebelum dibenarkan berlepas.
PELUANG KERJAYA
- Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat
- Jurutera Penyelenggaraan Pesawat (Mekanikal)
- Jurutera Penyelenggaraan Pesawat (Avionik)
- Juruteknik Pembaikan Komponen Aero
- Pemeriksa Jaminan Kualiti
- Pemeriksa Kelayakan Udara
- Jurutera Perkhidmatan Teknikal
SYARAT KELAYAKAN
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran; atau
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran; atau
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul;
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan memiliki SPM atau yang setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya kredit dalam satu mata pelajaran; atau
- Sijil (Tahap 3, MQF) atau yang setaraf dengannya dalam bidang berkaitan; atau
- Sebarang kelayakan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
KELEBIHAN
- Program akademik yang diiktiraf JPT/ MQA
- Asrama disediakan
- Elaun sara diri ONE OFF*
- Yuran Pendaftaran RM300 sahaja
- Rebat yuran pengajian